Sejak dahulu, saya banyak mendengar dan membaca tentang kebaikan pelaburan emas dan precious metals yang lain, seperti perak. Tapi, saya fikir saya tak mampu utk membeli emas untuk pelaburan (selain sedikit brg kemas yg dipakai di badan). Sebetulnya, banyak duit saya dihabiskan ke lain. Ah, nafsu shopping ni sgt susah untuk dibendung!
Hinggalah pada satu ketika, saya dan suami berfikir secara serius utk mengerjakan haji pada tahun 2012 (pada umur saya 30tahun). Kami ada sebab-sebab tersendiri untuk niat itu. Harap-harap doa kami untuk menjadi tamu di Tanah Suci dimakbulkan-Nya. Andaikata tidak dapat pergi pada tahun 2012, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.
Bagi saya, kita mesti “plan our work, and work our plan”. Apabila kita meletakkan sesuatu sasaran, kita akan berusaha untuk mencapainya. Biiznillah. Suami sudah cukup tabungannya untuk kos urusan haji. Tinggal saya sahaja yang belum cukup duit simpanan. Sejak itu, saya nekad untuk mengumpul duit secukupnya untuk mencapai hajat besar kami.
Berdasarkan pemerhatian, simpanan emas dan perak boleh mendatangkan keuntungan. Dlm setahun, peningkatan harga emas dan perak boleh mencapai hingga 20%-30% setahun! Lagipun, emas mempunyai intrinsic value tersendiri (mmg semulajadi barang berharga).
Saya mula memberi prioriti untuk membuat simpanan dalam bentuk emas dan perak fizikal. Bagus juga begitu, iainya dapat mengurangkan kebarangkalian saya menggunakannya untuk tujuan lain. Kalu nak tunai semula, saya perlu menjual kembali emas & perak saya. Tidak seperti simpanan wang di bank yang mudah dikeluarkan pada bila-bila masa. Alhamdulillah simpanan makin bertambah. Beli sedikit-sedikit bila ada duit lebih (sambil mengurangkan perbelanjaan secara mewah dan yg tidak perlu).
Mentor saya mencadangkan supaya menyimpan satu dinar setiap bulan. Kalau mampu, anda boleh mengamalkannya. Saya pun cuba mencapai target sebegitu.
Satu amalan lain yg bermanfaat, saya ada mendengar nasihat orang-orang yang berpengalaman untuk kita menghadiahkan emas kepada anak-anak pada harijadi mereka atau sebagai duit raya. Untuk simpanan jangka panjang. Kepada yg belum mempunyai anak, tak salah kita menyimpan untuk masa depan.
Buat lah perubahan demi masa depan anda & keluarga!



Salam..what a “catchy” entry
it could be a huge trigger for those who are shopaholics, parents & married couples..menyimpan emas benar2 pelaburan yg efisien utk ms dpn yg terjamin & cara menabung yg terbaik..yg plg penting dpt kawal nafsu shopping hehe krn sayang nk jual balik emas tu…
Thanks for reading! Shopaholics mmg susah nak pulih ketagihannya. But at least lepas ni kita lebih beringat, kne menyimpan for ‘rainy days’..:-) iye, bila dah simpan emas, sayang nak jual balik. Malahan, aura emas tu membuat kan kita nak beli emas lagi