Soalan Lazim tentang Pelaburan Emas

Posted by on Dec 3, 2011 in FAQs | 0 comments

Salam sejahtera,

Ini adalah soalan-soalan lazim ditanya oleh bakal pembeli/pelabur emas:



1. Macam mana nak tahu harga terkini bullion emas dan produk-produk lain?
Jawapan: Selain dari website ini (www.syahiera.com), harga boleh dirujuk di website Alfarhangold yang juga merujuk kepada website PublicGold. Harga akan dikemaskini setiap 20 minit. Sila pastikan anda reload/refresh laman web tersebut untuk mengatahui harga paling terkini.

2. Boleh terangkan macam mana nak baca jadual harga seperti dalam website?
Jawapan: Sila rujuk harga PG SELL atau WE SELL untuk mengetahui harga yang anda perlu bayar untuk membeli produk tersebut, berdasarkan jenis & beratnya. Manakala, harga PG BUY atau WE BUY perlu dirujuk jika anda ingin menjual balik produk emas/perak anda.

3. Berapakah nilai ketulenan Public Gold (PG) bar dan Public Dinar / Dinar Teganu?
Jawapan: PG bar mempunyai ketulenan 24K atau 999.9 (99.9% kandungan emas asli), manakala syiling emas (Public Dinar / Dinar Teganu) merupakan emas 916 (91.6% kandungan emas asli).

4. Macam mana kita nak pastikan kita membeli produk-produk yang tulen?
Jawapan: Jangan risau, kerana Public Gold & Alfarhangold menyediakan certificate mengesahkan ketulenan setiap produk yang dibeli. Sila simpan certificate pengesahan ini baik-baik, kerana amat berguna apabila anda ingin menjual balik suatu hari nanti.

5. Macam mana hendak jual balik produk-produk ini jika kita memerlukan kecairan tunai (liquidity)?.
Jawapan: Anda boleh hubungi kami untuk urusan jual-balik produk-produk ini. Untuk produk yang dibeli dari kami, kami memberi jaminan beli-balik (buy-back guarantee). Insya Allah.

6. Berapakah peratus kenaikan harga emas ni pada setiap tahun?
Jawapan: Kebiasaannya, harga emas boleh meningkat antara 25%-30% dalam setahun. Dalam pengetahuan kami, tiada pelaburan lain yang membawa kenaikan harga sepesat itu, dengan risiko rendah. Pakar ekonomi juga menjangkakan yg harga emas akan naik dengan lebih mendadak pada tahun 2012 berikutan kejatuhan nilai US Dollar.

7. Adakah harga emas ni memang sentiasa naik? Tak pernah turun?
Jawapan: Harga emas setiap hari ada naik dan turunnya, tak kira lah emas yang dijual di syarikat mana atau kedai mana. Tetapi, adalah lebih baik kita mensasarkan pelaburan jangka masa panjang. Dalam masa beberapa minggu atau beberapa bulan pertama, mungkin anda belum nampak kenaikan harganya dengan ketara. Simpanlah sekurang-kurangnya 6 bulan hingga 12 bulan, dan bandingkan harga semasa dengan harga anda beli. Pasti berbeza!

Turn your cash into GOLD!


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>